Thursday, July 15, 2010

Not in the mood

Terasa sangat letih dan badan pun rasa tak sedap.. Letih kepala kerana banyak fikir kot dan saya sangat tak bermaya dan tak bersemangat. :( Apa yang dfikirkan, saya pun tak tau..Waktu waktu macam ni rasa macam nak lepak kat Secret Recepi sambil makan cake dan minum caffe latte. Rasa macam nak lepak lepak dengan kawan sekolah dulu, kawan kawan kat kolej sambil bergossip. Memang seronok bila di ingat ingat balik masa zaman di kolejla paling seronok. Waktu segala ceruk kawan kite dapat, yang datang dari bandar yg akan berlagak macam sangat bandar, yang datang dari ceruk kampung mana ntah pun tak pernah dengar pun ada. Time tu muka semua masing masing ada karektor yang tersendiri. Termasukla aku kot. Mula mula masuk belajar, masing masing segan tapi lepas sesi suai kenal dah selesai, dapatla kawan kawan baru. Duduk bersama sebulan dua time tu dah tau perangai masing masing.. Yang tak suka mandi pagi ada, yang mansi duduk dalam toilet berjam tak ingat orang lain nak mandi pun ada, yang kedekut, yang itu yang ini...macam macam.
Ermmmmm rindu sangat masa masa tu, sekarang semuanya ada hala tuju sendiri. Berkahwin, berkeluarga dan sibuk dgn aktiviti sendiri. Sampaikan saya sendiri kadang kadang terlupa dengan kawan kawan yang susah senang dulu bersama.. Chewahhhh..ayat nostalgia keluarla pulak.. tapi seriusss I miss u all may friends :). Bile nak jumpe????

Hai..hai..hai...
:) Hari mendung diluar, hujan pun dah turun.....borink sbb keje x byk xde wedding tp saya akan upload beberapa lgi gambar event yg telah dibuat semasa cuti sekolah yang lepas... ok ini ialah pelamin berkonsepkan merah putih. acctually pelamin ni x berapa nak siap lg tp dah snap picture..then lepas dah siap x sempat plak nak amik gambar terus balik dr rumah pengantin. Hasrul Anuar wedding sekitar 6 Jun tarikh wedding ni, merupakan kawan lama kepda suami saya. Simple sahaja pelamin ni sesuai juga bg acara pertunangan dan juga akad nikah. Selalunya yg simple lebih nampak menarik daripada yg crawded kan. Pelamin ni lepas dah siap dgn bunga dan hiasan tambahan lain lebih nampak cantik dari yg ini.

Tuesday, July 13, 2010

Hilangnya Saya....

Hye hye hye...
Lama kan saya menghilang?...Bukan menghilang tapi menyepi seketika. Mesti nak tau kan kemana saya sehinggakan sungguh lama saya tidak memblogkan diri?..Saya tidak kemana mana pun...ada disini. Bezanya saya sangat sibuk dgn aktiviti harian saya, dengan keluarga saya juga dengan Red Frame saya. :)Memang kenalah dengan saya, suka sangat buat kerja mcm x serius. Buktinya blog saya tidak berupdate. Berkobar kobar sementara sahaja. Ok, akan saya updatekan apa yg berlaku sekitar bulan Jun lepas di Redframe. Cuti sekolah katakan...saya bz dgn jobsssss.. n I love it!!!


Ini adalah wedding Nur Hafifa Iswati. Pelamin theme purple.. n bawah ni gambar masa make up untuk majlis akad nikah. Ifa ni client saya yg sangat simple dan x banyak songeh. :) Thanx Ifa for chosing Redframe Studio for ur wedding preparation.


Dan ini pula ialah pasangan Nurul Azira dan Nurul Hafizan. Diorang ni nama nak sama, dua dua ada nurul then x silap ulur pun sebaya...so sweet couple dan yg kelakarnya rumah diorangs selang sebuah rumah saja. Nak balik kampung lepas ni senang..x yah gaduh gaduh nak balik mana kan zira?


Ini ialah pelamin untuk rumah Nurul hafizan side. Simple sahaja..tema putih purple..Akan saya update lagi nnti ye.
bye..

Thursday, April 1, 2010

Hair style

hello again..

ok mari kite lihat apa yang saya telah cari..
new hair style..kononnya nak ubah imej ler, tapi x tau bile nak ade masenye nak melangkah kaki ke saloon..bz kah saya??



yang ini rambut jessica alba. Curly style..i really like..
what do u think?



dan yang ini layer curly hairstyle.. saya sangat sukekan color ini. tapi sesuaikah dgn saya colour rambut ni?.. maunye mr au kite tu bising kalau buat gini..




Disebabkan rambut saya pun panjang, this pattern pun nampak ok. Simple but nice. saya suka sbb fringe die nampak style..hhhehehe.

Any advise????

Nantikan rambut baru saya.

New hair cut

Assalamualaikum,

Semenjak saya deliver my second baby,bila di kira kira dah nak masuk 7 bulan baby Zara,saya tak pernah lagi potong rambut dan tukar gaya rambut..terlampau sibuk ngan kerja dan anak anak smpai rasa cm 'aaarrggghh lantak laa', rambut saya serabai pun serabaila..nampak x kemas..uhuhu

Tgh geram ni with a few things. 1st is my digital camera dah x boleh digunakan lagi, rosak uwwaaaa..cam ne nak snap gambar for blog entry n . adieh! 2nd is...eeeerrrrrgghhhhh dh start menyampah sesangat. Xleh nak ckp dengan kate kate mcm mane punye menyampah skrg ni. Org tu skrg dh biase. Well can see that. Ke aku dah bikin org menyampah gak?? (haruslah sedar diri kerana kesalahan bukan hanya dr sebelah pihak)...peedduullikkk ape aku!!! Ade aku kesahhhhh??????

But the issue now is my hair look....
Currently having long straiten hair (betul ke aku spell?)...<< haruslah di tukar new look And I'm seeking for a new look...

please..pleasee..what shud i do wif my hair??

Sunday, March 28, 2010

IM NOT IN THE MOOD

ermm...xde ape yang nak dituliskan dan xde ape nak dibuat pagi Isnin ni...Mood saya sangat teruk dan sebenarnya Saya sangat marah hari ni. Mood saya pun x berape ok dari 2 hari lepas.:(
Secara jujur saya memang tidak boleh terima orang menipu saya secara terang terangan walaupun sedaya upaya orang itu menyembunyikannya daripada saya. Sudah terang lagi bersuluh, kenapa mesti menipu? Dan hari ini setelah 2 hari saya masih tidak boleh tengok muka orang tu dan tak teringin untuk bercakap dengannya sebab rasa marah saya masih meluap luap apabila terpandang mukanya. Apa yang saya nak tuliskan disini, harap orang itu sedar diri yang saya sedang marah dan sangat marahkannya kalau terbaca blog saya ini. X perlu pun kata maaf ke apa, yang penting berterus terang lebih baik dari menipu. dan mengaku kesilapan lebih baik dari terus berdiam diri dan buat muka x malu!! dan saya tau orang tu mmg selalu buat muka tak tau MALU!!
Kelemahan saya, bila saya marah....semua benda serba x kena dan saya akan marah pada semua orang yang tiada kene mengena dalam masalah saya terutamanya anak anak.
Bukan niat untuk marahkan anak anak tapi mood saya mmg tidak boleh dikawal apabila sedang marah. Langgar orang yang saya marah tu pun saya sanggup. :) Terukkan?? Tpi xdelah sampai pukul ke apa dengan anak anak. Setakat malas nak layan jer. Dengan anak anak saya boleh kawal kemarahan saya. Saya tak pernah lagi memukul mereka tanpa sebab dan marah ikutkan hati.

Apa aku merepek ni, orang yang aku marah tu pun belom tentu baca blog aku ni.!!
Yang penting, SAYA MARAHKAN KAMU!!

Tuesday, March 9, 2010

Cinta

Cinta sering dilafaz. Tak kira siapa pasti ingin rasa bercinta dan dicintai. Cinta, memang abadi. Sesungguhnya, kita tak pernah benar-benar kehilangan seseorang yang pernah kita cintai. Apapun yang memisahkan kita hanyalah jarak, hubungan terdahulu atau hubungan sesudahnya, dan mungkin kematian. Cinta yang kita rasakan dan jiwa yang kita temui ialah cinta itu sendiri akan selamanya berada dihati kita. Semua orang yang kita cintai, boleh membuatkan kita berubah. Perubahan yang terjadi kerana mencintai mereka itulah yang membuat mereka selalu bersama kita. Sesebuah hubungan juga akan berakhir hanya kerana cinta. Tapi cinta itu tetap abadi dan kita tak akan pernah benar-benar kehilangan seseorang yang benar-benar kita cintai.



Diala cinta hati saya. Encem tak?...hehhehehe

Aku = Saya

Rasanya lama sungguh aku tidak menulis. Blog ni pun macam dah x bertuan.
Erm..dulu masa start create blog nafsu nak menulis tu rasa berkobar kobar..(berkobar - kobarla sangat)....at last inilah jadinya...blog ni sunyi sepi tanpa berita dan cerita.
Itulah AKU....yang selalunya awal awal jer bersemangat, tapi sekerat jalan saja.
Boleh tak kalau aku nak tukar AKU kepada SAYA?

Elok rasanya saya cuba untuk membahasakan diri ini SAYA. Rasanya mungkin nampak lebih manis..daripada AKU yang nampak kasar itu..:)
Bukan apa bila sudah terbiasa sangat menggunakan perkataan aku..dan bila berbual dengan kawan kawan pun..."aku- kau" yang terpacul dari mulut ni..dengan adik beradik sendiri pun bersembang, kebiasaannya "aku - kau" mmg senang di ucap. Sampaikan anak saya Qistina pernah bertanya " Mama, kenape kene cakap AKU?.. macam mana tu nak jawab?..walaupun kecil lagi tapi soalan budak budak ni x boleh diduga.. dan dengan selambanye saya pun menjawab, Qis, AKU tu kata gantidiri untuk SAYA. dan qistina berkerut dahi memandang mama dia dengan penuh tanda tanya..Saya jawab lagi..nanti esok lusa qis besar..qis taulaaa. Jom kite main cerita cerita?? Berceritala saya kepada Qis sampaikan dia tertidur untuk menutup cerita "AKU" tadi.

Jadi, mulai hari ni, saya akan menulis sebagai SAYA dan bukan AKU lagi :)
HAppy Reading!!