Thursday, July 15, 2010

Not in the mood

Terasa sangat letih dan badan pun rasa tak sedap.. Letih kepala kerana banyak fikir kot dan saya sangat tak bermaya dan tak bersemangat. :( Apa yang dfikirkan, saya pun tak tau..Waktu waktu macam ni rasa macam nak lepak kat Secret Recepi sambil makan cake dan minum caffe latte. Rasa macam nak lepak lepak dengan kawan sekolah dulu, kawan kawan kat kolej sambil bergossip. Memang seronok bila di ingat ingat balik masa zaman di kolejla paling seronok. Waktu segala ceruk kawan kite dapat, yang datang dari bandar yg akan berlagak macam sangat bandar, yang datang dari ceruk kampung mana ntah pun tak pernah dengar pun ada. Time tu muka semua masing masing ada karektor yang tersendiri. Termasukla aku kot. Mula mula masuk belajar, masing masing segan tapi lepas sesi suai kenal dah selesai, dapatla kawan kawan baru. Duduk bersama sebulan dua time tu dah tau perangai masing masing.. Yang tak suka mandi pagi ada, yang mansi duduk dalam toilet berjam tak ingat orang lain nak mandi pun ada, yang kedekut, yang itu yang ini...macam macam.
Ermmmmm rindu sangat masa masa tu, sekarang semuanya ada hala tuju sendiri. Berkahwin, berkeluarga dan sibuk dgn aktiviti sendiri. Sampaikan saya sendiri kadang kadang terlupa dengan kawan kawan yang susah senang dulu bersama.. Chewahhhh..ayat nostalgia keluarla pulak.. tapi seriusss I miss u all may friends :). Bile nak jumpe????

No comments:

Post a Comment