Thursday, July 15, 2010

Not in the mood

Terasa sangat letih dan badan pun rasa tak sedap.. Letih kepala kerana banyak fikir kot dan saya sangat tak bermaya dan tak bersemangat. :( Apa yang dfikirkan, saya pun tak tau..Waktu waktu macam ni rasa macam nak lepak kat Secret Recepi sambil makan cake dan minum caffe latte. Rasa macam nak lepak lepak dengan kawan sekolah dulu, kawan kawan kat kolej sambil bergossip. Memang seronok bila di ingat ingat balik masa zaman di kolejla paling seronok. Waktu segala ceruk kawan kite dapat, yang datang dari bandar yg akan berlagak macam sangat bandar, yang datang dari ceruk kampung mana ntah pun tak pernah dengar pun ada. Time tu muka semua masing masing ada karektor yang tersendiri. Termasukla aku kot. Mula mula masuk belajar, masing masing segan tapi lepas sesi suai kenal dah selesai, dapatla kawan kawan baru. Duduk bersama sebulan dua time tu dah tau perangai masing masing.. Yang tak suka mandi pagi ada, yang mansi duduk dalam toilet berjam tak ingat orang lain nak mandi pun ada, yang kedekut, yang itu yang ini...macam macam.
Ermmmmm rindu sangat masa masa tu, sekarang semuanya ada hala tuju sendiri. Berkahwin, berkeluarga dan sibuk dgn aktiviti sendiri. Sampaikan saya sendiri kadang kadang terlupa dengan kawan kawan yang susah senang dulu bersama.. Chewahhhh..ayat nostalgia keluarla pulak.. tapi seriusss I miss u all may friends :). Bile nak jumpe????

Hai..hai..hai...
:) Hari mendung diluar, hujan pun dah turun.....borink sbb keje x byk xde wedding tp saya akan upload beberapa lgi gambar event yg telah dibuat semasa cuti sekolah yang lepas... ok ini ialah pelamin berkonsepkan merah putih. acctually pelamin ni x berapa nak siap lg tp dah snap picture..then lepas dah siap x sempat plak nak amik gambar terus balik dr rumah pengantin. Hasrul Anuar wedding sekitar 6 Jun tarikh wedding ni, merupakan kawan lama kepda suami saya. Simple sahaja pelamin ni sesuai juga bg acara pertunangan dan juga akad nikah. Selalunya yg simple lebih nampak menarik daripada yg crawded kan. Pelamin ni lepas dah siap dgn bunga dan hiasan tambahan lain lebih nampak cantik dari yg ini.

Tuesday, July 13, 2010

Hilangnya Saya....

Hye hye hye...
Lama kan saya menghilang?...Bukan menghilang tapi menyepi seketika. Mesti nak tau kan kemana saya sehinggakan sungguh lama saya tidak memblogkan diri?..Saya tidak kemana mana pun...ada disini. Bezanya saya sangat sibuk dgn aktiviti harian saya, dengan keluarga saya juga dengan Red Frame saya. :)Memang kenalah dengan saya, suka sangat buat kerja mcm x serius. Buktinya blog saya tidak berupdate. Berkobar kobar sementara sahaja. Ok, akan saya updatekan apa yg berlaku sekitar bulan Jun lepas di Redframe. Cuti sekolah katakan...saya bz dgn jobsssss.. n I love it!!!


Ini adalah wedding Nur Hafifa Iswati. Pelamin theme purple.. n bawah ni gambar masa make up untuk majlis akad nikah. Ifa ni client saya yg sangat simple dan x banyak songeh. :) Thanx Ifa for chosing Redframe Studio for ur wedding preparation.


Dan ini pula ialah pasangan Nurul Azira dan Nurul Hafizan. Diorang ni nama nak sama, dua dua ada nurul then x silap ulur pun sebaya...so sweet couple dan yg kelakarnya rumah diorangs selang sebuah rumah saja. Nak balik kampung lepas ni senang..x yah gaduh gaduh nak balik mana kan zira?


Ini ialah pelamin untuk rumah Nurul hafizan side. Simple sahaja..tema putih purple..Akan saya update lagi nnti ye.
bye..