Sunday, November 15, 2009

Rindukan Zara Iman

Har ini Isnin genap seminggu aku balik ke Perlis untuk memulakan kerja setelah 2 bulan lebih aku tinggalkan. Dan hari ini juga genaplah seminggu aku meninggalkan puteri kedua ku di Johor. Terasa rindu sangat kat Zara Iman. Macam nak balik Johor sekarang jugak pegi peluk cium sekejap pastu balik semula Perlis. Tapi dah x lama mama akan amik semula anak mama bawak balik Perlis duduk dengan mama. Zara tunggu mama k. Kalau ikutkan hari tu memang nak bawak semua anak anak ke Perlis tapi memandangkan xde orang yang nak menjaga terpaksa aku tinggalkan Zara di Johor dan Qistina sorang saja yang ikut aku balik Perlis. Qis pun dah rindu sangat dgn papa...hari hari asyik cakap nak jumpe papa. Lagipun Zara masih kecil dan die pun mungkin paham yang mama die kene balik sebab kene kerje. Dengan rumah yang masih lagi dalam renovation mana mungkin Zara si kecil boleh ikut aku balik. Tak terurus nanti semuanya. Biarlah segalanya dah selesai nnti, semuanya lebih mudah untuk jaga si kecil yang baru nak kenal dunia tu nanti.

Urusan orang gaji pun dah selesai...hari ni kalau sempat aku akan pergi ke agen untuk buat separuh lagi payment orang gaji aku. Dan mungkin bile rumah dah siap sepenuhnya baru aku akan bawak balik maid ke rumah. Buat sementara waktu ni biarlah dulu agensi yang uruskan maid tuh samada nak train atau keluar bekerja untuk agensi. So, lepas ni senanglah sikit kerja aku, ade orang yang membantu, taklah kelam kabut sangat dengan anak anak dan rumah macam selalu. Orang gaji seberang nilah yang akan menjaga kedua dua puteriku nanti semasa aku keluar bekerja. Bila fikir balik risau jugak nak tinggalkan anak anak dengan orang gaji ni, lebih lebih lagi sekarang macam macam cerita pasal maid indon yang x berapa nak boleh percaya sangat. Aperpun aku kene tawakal saja, semoga bakal orang gaji yang aku ambil ni seboleh bolehnya boleh menjaga anak anak aku dengan baik. Kalau ikutkan risau, x keluar bekerjalah aku. Duduk rumah jadik housewife sepenuh masa lebih baik....segalanya mungkin akan lebih terjamin, anak anak dapat membesar depan mata, boleh jaga makan pakai husband segala. Tapi itu mungkin tidak mungkin kerana sememangnya aku ni bukanlah jenis yang boleh duduk melekat kat rumah. Bisa tension gue..

No comments:

Post a Comment